The best industries and services news from Grenada
Provided by AGPLONDON, Feb. 05, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Smart Communications™, sebuah syarikat teknologi terkemuka yang memberi tumpuan kepada membantu organisasi yang dikawal selia dengan ketat terlibat dalam perbualan pelanggan yang lebih bermakna, hari ini mengumumkan satu rangkaian keupayaan AI strategik merentas platform Conversation Cloudnya. Berteraskan falsafah AI syarikat yang menekankan penyampaian inovasi yang relevan, boleh dipertanggungjawabkan dan mematuhi peraturan, syarikat ini memperkenalkan pelbagai keupayaan AI yang dibangunkan khusus untuk memberikan nilai bermakna kepada organisasi masa kini.
Lebih 80% pelanggan Smart Communications kini boleh mengakses keupayaan AI ini secara langsung dalam persekitaran sedia ada mereka. Keupayaan AI baharu ini membawa kecerdasan yang konsisten dan boleh dipercayai ke dalam aliran kerja teras di mana komunikasi pelanggan dan pengumpulan data digital diwujudkan, diurus, disimpan dan ditadbir:
Memanfaatkan pelaburan AI sedia ada untuk meningkatkan penggunaan sambil mengurangkan risiko
Menyokong perbualan berkepercayaan tinggi dengan pembantu AI berfokus pematuhan
Membolehkan pematuhan dan kawalan melalui inovasi penyelarasan dan perolehan semula data
Menggabungkan inovasi AI ini dengan keupayaan migrasi berkuasa SmartCOMM membolehkan organisasi menamatkan penggunaan teknologi komunikasi legasi yang kompleks dan berisiko tinggi dengan pantas. Inovasi AI Smart Communications mengurangkan usaha manual, mempercepat masa ke nilai (time-to-value), meningkatkan kejelasan dan kebolehcapaian, serta mengurangkan risiko pematuhan dalam setiap interaksi pelanggan, sambil mengekalkan tadbir urus dan pematuhan yang diperlukan dalam industri terkawal selia.
Komen Mengenai Berita
“Di Moter, kami menukar data kepada pengalaman pada kelajuan dan skala tinggi, dan kami memerlukan rakan yang mampu bergerak sepantas kami,” kata Adrian Thompson, Ketua Pegawai Pelanggan di Moter Insurance Services. “Kami menaruh harapan kepada inovasi AI Smart Communications untuk membantu kami mencipta dan menyampaikan interaksi pelanggan pelbagai saluran yang berkesan.”
“Pelan hala tuju AI Smart Communications sangat mantap,” kata Marc Francis, Ketua Pengaktifan Jualan di Three UK. “Paling menonjol ialah strukturnya yang tersusun dan jelas. Banyak hala tuju AI yang kami lihat daripada vendor lain hanya membuat gembar-gembur tentang keupayaan yang kononnya boleh dicapai tanpa perincian yang menyokongnya. Cara kami boleh memanfaatkan AI daripada Smart Communications benar-benar mengagumkan. Kami dapat mencapai kemajuan pantas dengannya.”
“AI mencipta nilai sebenar apabila pasukan boleh mempercayainya untuk berfungsi dengan selamat dan tepat pada saat yang penting,” kata Leigh Segall, Ketua Pegawai Eksekutif Smart Communications. “Dalam pasaran yang sarat dengan eksperimen dan gembar-gembur, kami memberi tumpuan kepada inovasi AI yang memberikan hasil nyata dengan ketelusan dan tadbir urus yang diperlukan oleh persekitaran terkawal selia. Ini menandakan fasa seterusnya dalam pelan hala tuju AI kami dan mengukuhkan kepimpinan kami dalam membantu perusahaan mengguna pakai AI secara bertanggungjawab dan pada skala besar.”
“Fasa seterusnya AI bukan lagi tentang eksperimen — tetapi pelaksanaan,” kata Heidi Johnson, Ketua Pegawai Produk dan Teknologi Smart Communications. “Fokus kami ialah AI yang sedia untuk produksi, ditadbir secara terbina dalam (governed by design) dan dibangunkan khusus untuk menyokong interaksi pelanggan yang bermakna pada skala besar.”
Sumber Tambahan
Pada 10 Februari 2026, Smart Communications akan menganjurkan webinar yang mempamerkan inovasi AI terbaharunya serta pratonton perancangan seterusnya, menunjukkan bagaimana industri terkawal selia boleh meningkatkan interaksi pelanggan dengan yakin pada 2026 dan seterusnya.
Pendaftaran bagi Webinar “Smart AI: Outcomes. Not Hype” kini dibuka.
Tentang Smart Communications:
Smart Communications ialah pilihan yang dipercayai bagi perusahaan yang dikawal selia untuk memodenkan proses kompleks dan berhubung dengan pelanggan pada saat yang paling penting. Platform Conversation Cloud™ menyokong pengalaman pengutamaan digital (digital-first) yang lancar dan mematuhi peraturan melalui komunikasi pelbagai saluran, penyelarasan pintar, pengumpulan data yang selamat serta pengarkiban digital. Lebih daripada 700 perusahaan di seluruh dunia — termasuk Zurich Insurance, Priority Health, The Pacific Financial Group dan The Bancorp — bergantung kepada Smart Communications untuk mengurangkan risiko pematuhan, meningkatkan kecekapan operasi, menurunkan kos serta mempercepatkan transformasi digital. Kini, dengan lebih 30 penyambung pra-bina, Smart Communications berintegrasi secara lancar dengan sistem perusahaan yang dipercayai termasuk Salesforce, AWS, Guidewire, DuckCreek, OneSpan dan Pega, serta menyokong lebih 60 bilion perbualan pelanggan yang kritikal kepada operasi setiap tahun. Untuk maklumat lanjut, layari www.smartcommunications.com.
Untuk pertanyaan media, hubungi:
Red Lorry Yellow Lorry bagi pihak Smart Communications
Legal Disclaimer:
EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.